29 November 2025 - Pada musim hujan ini, tebing Sungai Gombak di Villa Puteri dipenuhi tanah mendapan. Kerja-kerja pembersihan tebing sedang dijalankan sebagai sebahagian daripada penyelenggaraan kawasan.
Kebun Bandar Villa Puteri mengambil peluang untuk memanfaatkan tanah sungai tersebut — sebanyak 10 tan — bagi memenuhi keperluan aktiviti kebun.
Kami juga mengalu-alukan kehadiran sukarelawan luar yang ingin membantu meringankan kerja-kerja pembersihan yang agak mencabar pada Sabtu hadapan (06/12/2025) di kawasan kebun.








