15 November 2025 - Minggu ini, aktiviti Kebun Bandar Villa Puteri (KBVP) memberi fokus khas kepada sang lebah kelulut. Pasukan kebun menanam pokok bunga Ixora dan pokok bunga jambu kuning sebagai sumber makanan semula jadi untuk lebah kelulut.
KBVP turut menerima kunjungan istimewa daripada tetamu Toqqi, iaitu En. Gulam dari Singapura, yang singgah menziarahi kebun.
Selain itu, team kebun, Adrian turut menanam pokok durian Musang King, menambah koleksi pokok buah eksklusif di KBVP
Setiap pokok dan setiap kunjungan adalah sebahagian daripada usaha kita mengekalkan kehidupan semula jadi dan kehijauan di Kebun Bandar Villa Puteri.






