Projek Kompos Kebun Bandar Villa Puteri: Langkah Hijau ke Arah Baja Organik.
Alhamdulillah, aktiviti berkebun pada minggu ini berjalan dengan baik dengan fokus kepada projek bahan kompos. Projek ini menggunakan sisa makanan dan sisa bahan dapur yang akan dikumpulkan dengan kerjasama daripada Sembang-Sembang Café Villa Puteri. Semoga usaha ini dapat diteruskan secara berterusan sehingga berjaya menghasilkan baja organik yang bermanfaat untuk tanaman di Kebun Bandar Villa Puteri.
Menariknya, aktiviti kali ini turut diserikan dengan kehadiran "tetamu istimewa" – burung bangau. Benarlah pepatah Melayu, “Kalau nak dengar suara burung, maka hendaklah kita menanam pokok.” Kehadiran bangau ini seolah-olah menjadi tanda bahawa alam turut menyambut baik usaha hijau yang dijalankan bersama.