1 Ogos 2026 - Aktiviti di Kebun Bandar Villa Puteri (KBVP) pada minggu ini diisi dengan taklimat mengenai penggunaan Baja Organik DSA Metaphysics Sdn. Bhd. yang disampaikan oleh Datuk Dr. Sharil Azmi. Perkongsian ini memberi pendedahan mengenai kaedah penggunaan baja organik yang betul bagi membantu meningkatkan kesuburan tanah serta kesihatan tanaman.
Selain berkongsi ilmu berkaitan pertanian, beliau yang juga merupakan pakar herba Islam turut memperkenalkan beberapa produk berasaskan bahan semula jadi serta berkongsi ilmu kesihatan.


