Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mengadakan satu sesi podcast yang membincangkan kepincangan sistem perbankan di Malaysia.
PPIM menerima aduan daripada pengguna yang memaklumkan mereka menandatangani kontrak pinjaman tanpa penerangan yang jelas sama ada pembiayaan tersebut berasaskan sistem konvensional (BLR/BR) atau patuh Syariah. Ramai hanya menyedari implikasi sebenar selepas ansuran bulanan meningkat dan komitmen kewangan menjadi di luar kemampuan.Isu utama yang dibangkitkan:
PPIM menegaskan bahawa setiap aduan perlu disiasat secara adil dan berasaskan fakta serta dokumen perjanjian yang lengkap.
Persoalan besar yang perlu dijawab:
π Adakah pengguna benar-benar diberi penerangan menyeluruh sebelum menandatangani perjanjian?
π Adakah penilaian kemampuan bayaran (affordability assessment) dilakukan secara telus dan beretika?
π Mengapa terdapat kes peminjam kehilangan rumah, malah masih menanggung baki hutang selepas lelongan?
PPIM menyeru:
β
Kontrak pinjaman dipermudahkan dengan penjelasan bertulis yang jelas tentang struktur kadar (BLR/BR atau kadar keuntungan Islamik).
β
Pendedahan risiko secara wajib dan difahami sebelum tandatangan.
β
Penilaian kemampuan bayaran yang realistik, bukan sekadar kelulusan atas kertas.
β
Mekanisme semakan bebas bagi kes-kes lelongan yang meragukan.
Pengguna bukan sekadar nombor akaun.
Rumah bukan sekadar aset β ia adalah tempat berlindung sebuah keluarga.
Jika anda pernah mengalami situasi serupa, tampilkan aduan rasmi kepada PPIM untuk tindakan lanjut. Hak pengguna mesti dipertahankan.


