`BAHAWA PEMOHON DAN/ATAU WAKIL-WAKIL,PEKERJA-PEKERJA DAN/ATAU BAILIF DAN/ATAU AGEN-AGEN PEMOHON DAN/ATAU ANGGOTA POLIS DIRAJA MALAYSIA DIBERI KEBENARAN UNTUK MEMASUKI PREMIS-PREMIS TERSEBUT APA-APA PAKSAAN SEBAGAIMANA PERLU BAGI MEMASUKI PREMIS-PREMIS TERSEBUT DENGAN MEMBUKA PINTU DAN/ATAU PAGAR DAN/ATAU MEMOTONG MANGGA PADA PINTU DAN/ATAU PAGAR BAGI MENJALANKAN PENARIKAN SEMULA KENDERAAN TERSEBUT.....``
Apa pendapat anda membaca arahan ini? Ini adalah arahan tarik kereta yang dikeluarkan oleh Public Bank Berhad.
Ini pula adalah dakwaan penarik kereta yang merasakan mereka yakin diberi kuasa untuk melakukan apa saja. "9 pagi ke 9 malam, hari-hari walau cuti walau tengah malam atau dalam Istana pun kecuali dalam balai polis”.
Dalam masa-masa akan datang ramai pengguna akan menghadapi “arahan mahkamah“ dan mudah ditipu dalam berbagai kaedah jika perkara ini tidak disekat. Semua rakyat Malaysia perlu bangkit dan bersama pihak berkuasa supaya scam jenis baru ini tidak terkena ke atas kita pengguna. Justeru itu, satu sidang media telah diadakan berhubung isu ini.