11 May
11May

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menghadiri satu perjumpaan khas melibatkan 10 buah NGO bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang dipengerusikan oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin.

Perjumpaan tersebut membincangkan cadangan penubuhan Pro-TANGKAAS bagi mengendalikan aduan serta isu-isu tular berkaitan institusi Islam dan hal ehwal Islam di negeri Selangor.

Usaha ini diharap dapat memperkukuhkan koordinasi antara agensi dan NGO dalam menangani isu-isu berkaitan umat Islam secara lebih tersusun dan berkesan.

Comments
* The email will not be published on the website.