Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan @ Toqqi, menerima kunjungan hormat daripada Datuk Dr. Hj. Mazlan Ahmad, selaku Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
Pertemuan ini menjadi ruang perkongsian pengalaman dan pandangan, khususnya berdasarkan pengalaman Datuk Dr. Hj. Mazlan Ahmad sepanjang menjawat jawatan terakhir beliau.
Antara perkara yang turut dikongsikan adalah usaha memperkukuhkan kesedaran masyarakat terhadap scam, penipuan dan tipu daya pelaburan, termasuk yang melibatkan pelaburan emas serta pelbagai bentuk pelaburan lain.
Masyarakat perlu sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran yang menjanjikan keuntungan luar biasa.
Semak dahulu. Fahami risikonya. Jangan mudah percaya.
Semoga perkongsian dan usaha berterusan ini dapat membantu melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan.
#PPIM #NadzimJohan #Toqqi #DatukDrMazlanAhmad #Scam #PenipuanPelaburan #PelaburanEmas #KesedaranPengguna #PenggunaBijak #PersatuanPenggunaIslamMalaysia