17 November 2025 - PPIM telah mengadakan pertemuan bersama Zaiyadal Keluarga Sdn Bhd Family Group (ZKSB FG), sebuah syarikat pegangan pelaburan keluarga yang ditubuhkan pada Julai 1992 oleh pengasasnya, Tuan Haji Zaid Abdullah dan Hajjah Zaidah Mohd Salleh. ZKSB FG memiliki rangkaian anak syarikat yang aktif dalam sektor pertanian, akuakultur, F&B dan perdagangan, serta memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem halal melalui teknologi dan makmal halal.
Pertemuan antara Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dan Pengasas ZKSB FG, Tuan Haji Zaid Abdullah serta Pengarah Eksekutif Kumpulan ZKSB FG, Dato' Dr Lukman Ibrahim turut membincangkan kerjasama strategik melibatkan Serunai Commerce (pembangun aplikasi Verify Halal™) dan makmal halal ALS Technichem di bawah PICORP.
Kerjasama ini dijangka memperkukuh perlindungan pengguna Muslim melalui pengesahan produk yang lebih telus, saintifik dan berasaskan data, sekaligus memperkasakan industri halal Malaysia ke peringkat global.



