Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi telah mengadakan perjumpaan bersama Menteri Komunikasi, YB Datuk Ahmad Fahmi Fadzil di Pejabat Kementerian Komunikasi, Parlimen Malaysia.
Antara perkara yang dibincangkan adalah isu sindiket penipuan telefon yang semakin berleluasa serta kesan negatif permainan dalam talian Roblox terhadap kanak-kanak, golongan belia, serta keluarga Muslim di Malaysia.


