26 Sep
26Sep

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan@toqqi, hadir ke Sesi Pengenalan dan Perbincangan antara Institusi Penjara Sungai Buloh dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang diadakan di Penjara Sungai Buloh.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Penjara Sungai Buloh, YM Timbalan Komisioner Penjara Raja Nazril Azman Raja Azam Iskandar bersama barisan pegawai institusi tersebut.

Melalui sesi ini, diharapkan hubungan baik antara pihak penjara dan NGO dapat dijalin serta diperkukuhkan, sekali gus membuka ruang kepada kerjasama yang memberi manfaat kepada masyarakat dan institusi berkaitan.

Comments
* The email will not be published on the website.