26 Nov
26Nov

Mesyuarat Mingguan Aktivis dan Sukarelawan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah diadakan bagi membincangkan perkembangan aktiviti, isu semasa serta perancangan program persatuan.

Mesyuarat turut menerima kehadiran Dr. Malik Yatam, bekas banduan yang mencatat sejarah sebagai banduan pertama di Malaysia menamatkan pengajian sehingga peringkat Doktor Falsafah (PhD) ketika masih menjalani hukuman penjara.

Perkongsian kisah perjalanan beliau menjadi inspirasi bahawa pendidikan mampu mengubah kehidupan, membuka peluang baharu dan memberi harapan untuk masa depan yang lebih baik.

Comments
* The email will not be published on the website.