Hari ini scammer bukan sahaja semakin licik, malah menggunakan pelbagai taktik dan teknologi untuk memperdaya mangsa.
Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengambil satu inisiatif dengan mengadakan Pelancaran Program Nasional Kesedaran Anti-Scam 2026, bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman scam serta menggalakkan rakyat supaya lebih berwaspada sebelum menjadi mangsa.
Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil.











