KITA DAN ANAK CUCU BAKAL MENJADI MANGSA!
PENJAHAT SANGAT KREATIF MENIPU!
Dapatkan Ilmu AntiScam di PPIM.
DAFTAR SEAT PERCUMA FORUM SEKARANG.
Hadirlah. Dengar. Fahami. Sebarkan.
20 OGOS 2026
9.30 PAGI - 2.00 PETANG
HOTEL ROYAL CHULAN DAMANSARA (THE CURVE)
HOTLINE PENDAFTARAN FORUM ANTI SCAM PPIM
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc20hmALyD_T3jQ1XyOQiJwdvbKrynQ-UAsNcHd5SaQt7959Q/viewform
011-565 00 111
DAFTAR DEMI MASA DEPAN ANAK CUCU.
Scammer tidak memilih mangsa. Mereka hanya mencari peluang. Kaya atau miskin, muda atau tua, usahawan, penjawat awam, pesara atau pelajar, sesiapa sahaja boleh menjadi sasaran apabila leka dan kurang berwaspada.
Jangan terlalu yakin dengan berkata, "Saya takkan kena tipu." Ramai mangsa pernah mempunyai keyakinan yang sama, sehingga wang simpanan, hasil titik peluh dan ketenangan hidup hilang dalam sekelip mata.
Forum Anti Scam Nasional anjuran PPIM bukan sekadar satu majlis. Ia adalah medan untuk membuka mata, memahami modus operandi penjenayah, meningkatkan kewaspadaan dan mempelajari langkah yang boleh membantu anda membuat keputusan dengan lebih berhati-hati apabila berdepan situasi yang mencurigakan.
Beberapa jam yang anda luangkan pada 20 Ogos di Chulan Damansara nanti, mungkin jauh lebih bernilai daripada bertahun-tahun penyesalan pada masa hadapan. Jangan tunggu sehingga ahli keluarga sendiri merempat sehelai sepinggang, menjadi mangsa, barulah kita sedar betapa pentingnya ilmu AntiScam ini.
