18 Jul
18Jul

KUALA LUMPUR, 9.7.26, Prof Ridhuan Tee bersama Ahli Parlimen Temerloh, YB Salamiah Mohd Nor, membincangkan isu penerimaan Bahasa Malaysia di sekolah vernakular dan kepentingan memperkukuhkan identiti kebangsaan.

Prof Ridhuan Tee berpendapat penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar sekolah jenis kebangsaan perlu dipertingkatkan serta mempersoalkan perbezaan silibus bahasa kebangsaan antara sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular.

Beliau turut menyentuh isu bant4han terhadap peng4jaran Jawi dan keg4galan konsep Sekolah Wawasan dalam menggalakkan integrasi antara k4um.

Sementara itu, YB Salamiah menegaskan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan perlu terus diperkasakan kerana ia merupakan asas perpaduan dan identiti negara.

Kedua-duanya berpandangan usaha memperkukuhkan penguasaan Bahasa Malaysia perlu diteruskan demi kepentingan generasi muda dan keharmonian masyarakat majmuk.


Comments
* The email will not be published on the website.