Sidang media PPIM hari ini mendedahkan isu penganiayaan dan eksploitasi rakyat Malaysia yang terperangkap dalam sindiket pekerjaan palsu di luar negara iaitu pemerdagangan manusia berskala besar di Kemboja.
Seorang mangsa terselamat, En Muhammad Syafiq Abdullah menjelaskan bahawa beliau diperdaya oleh seorang rakan melalui tawaran kerja mewah, namun dipaksa bekerja tanpa gaji untuk sindiket penipuan serta mengalami penyeksaan fizikal dan mental.
En Muhammad Syafiq Abdullah turut mendedahkan bahawa lebih 700 mangsa rakyat Malaysia yang masih terperangkap dalam sindiket tersebut.
Justeru itu, PPIM menyeru agar kerajaan meningkatkan pengawasan serta menubuhkan sebuah pasukan khas bersepadu untuk membanteras masalah berleluasa yang melibatkan sindiket yang dikendalikan rakyat Malaysia di rantau tersebut.






