Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, telah hadir sebagai panel dalam Program Kempen Kepenggunaan PPIM & TNB yang berlangsung di Darul Quran PITAS, Sungai Tua, Gombak.
Program ini menekankan kepentingan kesedaran kepenggunaan serta tanggungjawab pengguna, khususnya kepada para pelajar tahfiz. Para pelajar turut didedahkan tentang kepentingan tenaga dan peranan mereka dalam menguruskan tenaga dengan betul agar mereka dapat menjadi pengguna yang celik tenaga.











