21 Oct
21Oct

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, telah mengadakan perjumpaan bersama Pengasas & Pengarah Urusan Pawslifestyle Sdn Bhd (PLS), En Zailani Ali di Rocky's Cat Club, Taman Dagang, Ampang. 

Turut serta, Dato' Aidit Ghazali dan Head of Sales and Distribution PLS, En Badrul Muhaymin.

Pawslifestyle Sdn. Bhd. (PLS) ialah syarikat milik Bumiputera Muslim yang komited untuk memberikan yang terbaik dalam penjagaan dan pemakanan kucing. Sebagai pengedar eksklusif makanan kucing premium yang diimport terus dari Turki, PLS komited dalam menawarkan produk yang memenuhi piawaian tertinggi dari segi pemakanan, keselamatan serta sumber yang beretika, dan yang paling penting — dijamin HALAL.

Comments
* The email will not be published on the website.