16 Oct
16Oct

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru semua NGO, NGI dan SESIAPA SAHAJA yang rasa TERKESAN DENGAN KEJAHATAN DAN KEZALIMAN TERANCANG pihak Zionis sejak puluhan tahun agar benar-benar bangkit. 

Kaedah kali ini adalah dengan menjejaskan ekonomi mereka serta pihak yang menyokong mereka secara habis-habisan. Sudah tiba masanya kita semua bersatu untuk berusaha, merancang dan melaksanakan agenda ini secara luar biasa.

Mengikut pengalaman, memboikot adalah senjata terbaik yang boleh menghasilkan impak yang besar. Inilah yang akan kita lakukan tetapi dalam gandaan ratusan kali usaha yang mampu melumpuhkan sumber kewangan mereka.

Bayangkan, ratusan juta kerugian yang dialami ketika kita memboikot Starbucks sebenarnya masih kecil. Jika semua pengguna bersama-sama melaksanakan boikot secara agresif, kesannya pasti tidak dapat dibayangkan. Kita perlu memilih untuk memboikot pihak yang menyokong kezaliman mereka. 

Sehubungan itu, PPIM telah mengadakan sidang media bertujuan menggerakkan kesedaran dan tindakan bersama dalam kalangan NGO, NGI serta rakyat Malaysia dan dunia untuk terus memboikot produk-produk yang menyumbang kepada kekuatan ekonomi Israel, yang terang-terangan menindas dan membunuh rakyat Palestin tanpa perikemanusiaan.

Marilah kita bersatu di bawah satu suara – BOIKOT demi maruah umat!

Setiap pembelian produk pro-Israel adalah peluru yang membunuh saudara kita di Palestin. Boikot pembelian ini mampu dilaksanakan kerana produk-produk ini tidak langsung kerana ianya bukan bahan asas yang kita perlukan.

BOIKOT SEKARANG, DEMI MARUAH PALESTIN, DEMI MARUAH UMAT!

Comments
* The email will not be published on the website.