Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus memperhebatkan gerakan boikot terhadap produk dan syarikat yang mempunyai kaitan dengan rejim Zionis Israel, sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin yang dizalimi.
Menurut Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi, gerakan ini bukan sekadar tindakan sementara, tetapi akan diteruskan sekurang-kurangnya selama lima tahun bagi memastikan kesannya benar-benar dirasai.
“Kita perlu boikot habis-habisan — 200%! Kalau tidak mampu semua, mulakan dengan apa yang boleh dahulu, contohnya seperti produk Coca-Cola. Kita boikot sampai hangus!” tegas beliau.
PPIM percaya bahawa kuasa pengguna mampu melemahkan ekonomi Zionis jika gerakan ini dilaksanakan secara berterusan dan bersepadu.