04 Jun
04Jun

Kuala Lumpur, 4 Jun 2025 – Satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan syarikat penternakan ayam kampung, Perusahaan Al Hijrah, dalam usaha memperkukuh industri ayam halal dan sihat di Malaysia. 

MoU tersebut ditandatangani oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, manakala pihak Al Hijrah diwakili oleh pengasasnya, Dr. Hj. Khamsani.

Al Hijrah merupakan sebuah perusahaan yang mengkhususkan dalam penternakan ayam kampung tanpa penggunaan hormon dan antibiotik, serta 100% dimiliki oleh usahawan Muslim. Produk-produk Al Hijrah menepati prinsip halal dan toyyiban, sejajar dengan tuntutan syariah dan keperluan kesihatan.

Comments
* The email will not be published on the website.