29 May
29May

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke mesyuarat susulan Kempen 'Save Our School' anjuran Pusat Pendidikan Alternatif Jasmine Ash Sham (Jasmine Ash Sham).

Kempen Save Our School merupakan usaha mencari dana berterusan bagi membantu mengekalkan operasi Jasmine Ash Sham yang kini berdepan dengan masalah kewangan.

Jasmine Ash Sham ialah sebuah pusat pendidikan untuk kanak-kanak pelarian Syria yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini. Selain itu, pusat ini turut memberikan pendidikan kepada kanak-kanak pelarian dari Palestin, Somalia, Sudan, Nigeria, Mesir, Iraq, Iran, Oman dan Sri Lanka.

Comments
* The email will not be published on the website.