8 Mei 2025 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Majlis Perasmian Kempen Bijak Air MADANI Peringkat Kebangsaan anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di Loji Rawatan Air Sungai Langat 2, Hulu Langat.
Majlis dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof.