Hari ini, scam boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Ibu bapa, anak-anak, penjawat awam, golongan profesional, peniaga mahupun suri rumah. Ada yang kehilangan wang simpanan bertahun-tahun hanya kerana satu panggilan atau satu klik yang tidak disangka.
Sebab itulah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengajak anda untuk bersama-sama menyertai:
🛡️ *BENGKEL ANTI-SCAM INTERNET SELAMAT (BASIS) SIRI 2*
📅 Tarikh : Sabtu, 5 Disember 2026
⏰ Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang
📍 Tempat : Dewan Serbaguna Villa Puteri Condominium, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.
Luangkan sehari untuk menambah ilmu, mengenali taktik penipuan dan belajar bagaimana melindungi diri serta keluarga.
Kami bukan sekadar mengharapkan anda mendaftar, tetapi berharap anda benar-benar dapat hadir dan bersama-sama menjayakan usaha ini.
Ajak keluarga, sahabat dan rakan sekerja. Mungkin ilmu yang diperoleh hari ini dapat mengelakkan seseorang yang kita sayangi daripada menjadi mangsa esok.
🎓 Peserta yang memenuhi syarat kehadiran dan melengkapkan tandatangan bagi setiap sesi layak menerima *Sijil Sukarelawan Anti-Scam.*
🔗 DAFTAR DI SINI:https://docs.google.com/.../1FAIpQLSfc9JQyYJvgrs.../viewform
Jom ambil peduli. Jom tambah ilmu. Jom lindungi diri dan keluarga.
Kami menantikan kehadiran anda!
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)
#PPIM #BASISSiri2 #AntiScam #InternetSelamat #CegahScam #LindungiKeluarga
