Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan perjumpaan bersama Nik Hisham Nik Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MyDigital ID dan Dr. Megat Zuhairy, Ketua Eksekutif NACSA.
Perbincangan memberi tumpuan kepada aspek pengesahan identiti dan keselamatan data pengguna sebagai antara langkah menangani isu penipuan dalam talian.










