Sempena sambutan Hari Malaysia 2026, satu program Sarapan Pagi Percuma Hari Malaysia 2026 telah diadakan di Restoran Anis Putri 2, Sungai Penchala.
Antara pengisian program ialah ceramah khas Hari Malaysia oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkaitan pencerahan dan penghayatan Hari Malaysia, sesi bersama wakil Syarikat Kopi Dermag mengenai kopi dan kesihatan serta persembahan Dikir Barat.
























