24 Apr
24Apr

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas diselubungi kebimbangan apabila mendapati 18 talian telefon didaftarkan atas namanya tanpa pengetahuan.

Lelaki berkenaan, Suhaimi Shuib, 68, berkata, perkara itu disedari semasa mengunjungi kedai telefon di sebuah kompleks beli-belah di ibu negara pada Disember lalu untuk membeli peranti baharu.

“Saya hanya ingin beli sebuah telefon, namun terkejut apabila mendapati 18 talian telah didaftarkan atas nama saya dan tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku,” katanya pada sidang media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini semalam.

Justeru, Shuhaimi memohon bantuan PPIM menyelesaikan masalah dihadapinya.

Ejen telekomunikasi, Datuk Seri Jason Wong yang turut hadir pada sidang media itu berkata, sebelum ini seseorang individu boleh mendaftarkan jumlah kad SIM yang banyak jika rekodnya bersih.

Sehubungan itu, prosedur operasi standard (SOP) baharu lebih ketat diperkenalkan dengan had maksimum pendaftaran hanya dua talian bagi setiap individu.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa segelintir syarikat telekomunikasi (telco) mengeksploitasi pengguna melalui pelbagai caj tersembunyi dan kelemahan dalam sistem pendaftaran talian.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, amalan sedemikian tidak beretika kerana memperdaya pengguna demi meraih untung berlebihan, termasuk melalui panggilan terputus atau drop call.

“Kita masih berdepan masalah panggilan terputus yang tetap dikenakan caj, selain kualiti talian tidak memuaskan walaupun dipromosikan dengan teknologi 5G. Ini jelas satu bentuk penindasan terhadap pengguna dan perlu ditangani segera,” katanya.

Artikel oleh: Buletin TV3

WARGA EMAS RISAU NAMA DIGUNAKAN DAFTAR 18 TALIAN TELEFON

https://www.buletintv3.my/nasional/warga-emas-risau-nama-digunakan-daftar-18-talian-telefon

Comments
* The email will not be published on the website.