Perjumpaan bersama Puan Norsharizasaid dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah berlangsung dengan kehadiran Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Bonda Khatijah bagi membincangkan potensi kerjasama strategik.
Perbincangan dua hala ini memberi tumpuan kepada pelaksanaan Program “e-Kasih PERKESO”, yang bertujuan memperluaskan bantuan dan sokongan kepada golongan yang memerlukan.
Diharapkan hasil pertemuan ini dapat membuka ruang kerjasama yang lebih kukuh dalam usaha memperkasa kebajikan masyarakat secara berterusan.






