30 Mar
30Mar

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa rakyat menyesuaikan diri dengan langkah kerajaan mengurangkan kuota subsidi petrol RON95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, susulan tekanan krisis tenaga global.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, walaupun keputusan itu mungkin dibuat berdasarkan data penggunaan semasa, sebahagian pengguna masih berasa kurang selesa dalam keadaan kos sara hidup yang mencabar.

“Secara individu kita boleh buat penyesuaian, tetapi pengguna masih mengharapkan bantuan berterusan daripada kerajaan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa isu kenaikan kos bahan api tidak boleh diletakkan sepenuhnya di bahu kerajaan, sebaliknya rakyat perlu mengambil inisiatif sendiri seperti mengurangkan perjalanan tidak perlu dan mengamalkan gaya hidup berjimat.

“Kalau boleh, kurangkan pergerakan dan cari alternatif seperti menanam sayur sendiri untuk kurangkan kos,” katanya lagi.

Langkah pengurangan kuota itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai sebahagian strategi memperkukuh kesiapsiagaan negara berdepan krisis tenaga akibat konflik Asia Barat. Bagaimanapun, harga RON95 bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter.

Artikel oleh: Demi Rakyat Channel

'KURANGKAN JALAN, TANAM SAYUR' - NASIHAT PPIM

https://demirakyatchannel.my/2026/03/kurangkan-jalan-tanam-sayur-nasihat-ppim/?fbclid=IwY2xjawQ2yNlleHRuA2FlbQIxMABicmlkETFGOW9xVGpDOE91WUlsTDIwc3J0YwZhcHBfaWQQMjIyMDM5MTc4ODIwMDg5MgABHv6UVPVuVfSbZtt5d3adUGylPUYlVRCHyA27_0cMDzMY5ob2BtzRUTVVDe8N_aem_700q1Ni6sT-0DfZOUBNtOg

Comments
* The email will not be published on the website.