13 Mar
13Mar

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan membuat laporan polis terhadap aktivis dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didakwa mempromosi gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, laporan polis tersebut akan dibuat dalam masa terdekat bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.

Menurutnya, tindakan segelintir peserta perhimpunan Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac lalu mempamerkan sepanduk menggalakkan gaya hidup songsang seolah-olah mencabar sensitiviti masyarakat Islam.

‘Ini kerana sepanduk dibawa mereka mempamerkan hubungan sejenis sesama wanita itu ditunjukkan di khalayak ramai seolah-olah ingin mempromosikan gaya hidup songsang.

“Rakyat Malaysia perlu faham bahawa kita berada di sini dan tertakluk kepada Perlembagaan negara dan tidak sepatutnya kita hanya berdiam diri,” katanya dalam sidang akhbar Siapa dalang perhimpunan LGBTSementara itu, Pengerusi Pers di Malaysia, di Ibu pejabat PPIM hari ini.

Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis), Bibi Sunita Sakandar Khan mendakwa, sehingga kini masih tiada suara desakan atau bantahan daripada kementerian berkaitan ketika perlembagaan negara dan agama Malaysia dihina.

Katanya, perhimpunan yang berlangsung berhampiran kompleks Sogo itu seolah-olah mencabar sensitiviti masyarakat Islam apabila sepanduk yang mempamer hubungan sejenis sesama wanita itu ditunjukkan di khalayak ramai seolah-olah ingin mempromosikan gaya hidup songsang.

“Di manakah peranan dan suara Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)?

“Mengapa tiada tindakan tegas atau kenyataan rasmi dikeluarkan bagi menegur perbuatan yang jelas menghina perlembagaan negara dan menyalahi nilai agama Islam ini?

“Tindakan segelintir peserta perhimpunan itu bukan sahaja menimbulkan kekeliruan, malah berpotensi menjejaskan sensitiviti masyarakat Islam secara keseluruhan,” katanya.

Tambah Bibi Sunita, ironinya, perarakan itu diadakan atas nama sambutan Hari Wanita Antarabangsa, yang sepatutnya memperjuangkan maruah dan kesejahteraan wanita, bukannya mencetuskan kontroversi.

Katanya, pihak polis sepatutnya membuat semakan terhadap sepanduk yang dibawa ke perhimpunan berkenaan.

“Sepanduk itu jelas menghina ayat al-Quran, namun tiada tindakan segera diambil untuk menegur perbuatan tersebut.

“Perbuatan menterjemah dan menafsir sendiri ajaran agama demi memperjuangkan sesuatu yang jelas salah adalah tidak wajar dan menimbulkan kontroversi dalam masyarakat,” katanya. – UTUSAN

Artikel oleh: Utusan Malaysia

PPIM BUAT LAPORAN POLIS DAKWA HIMPUNAN HARI WANITA PROMOSI LGBT

https://www.utusan.com.my/nasional/2026/03/ppim-buat-laporan-polis-dakwa-himpunan-hari-wanita-promosi-lgbt/

Comments
* The email will not be published on the website.