19 Februari 2026 - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Solat Terawih anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, turut hadir bersama para jemaah bagi menunaikan Solat Isyak dan Solat Terawih, seterusnya bersama-sama menikmati jamuan moreh yang telah disediakan.
Semoga program yang diadakan ini membawa keberkatan, memperkukuhkan ukhuwah serta mengeratkan lagi silaturrahim dalam kalangan komuniti setempat sepanjang bulan Ramadan yang mulia.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kita terus istiqamah dalam mengimarahkan Ramadan dengan amal ibadah dan kebajikan.






